ADAB BERBAHASA
santun ayu adik si Jantan,
abang juara tegap perkasa;
pantun melayu mendidik watan,
tentang cara adab berbahasa.
puyuh kita makan di huma,
makan sedap berasa kicap;
ayuh kita jayakan bersama,
amalkan adab semasa berucap.
jiran terpijak berus tembaga,
lengan menahan terkena duri;
pemikiran bijak harus dijaga,
jangan bertuhan pena sendiri.
ulat buah meludah kelicap,
terasa marah angsa menyakat;
adat budaya indah dikecap,
bahasa indah bangsa sepakat.
Ibnu Din Assingkiri
17-10-2011
Bagan Lalang, Butterworth, Pulau Pinang
©Sanusi Din 2012, All Rights Reserved
santun ayu adik si Jantan,
abang juara tegap perkasa;
pantun melayu mendidik watan,
tentang cara adab berbahasa.
puyuh kita makan di huma,
makan sedap berasa kicap;
ayuh kita jayakan bersama,
amalkan adab semasa berucap.
jiran terpijak berus tembaga,
lengan menahan terkena duri;
pemikiran bijak harus dijaga,
jangan bertuhan pena sendiri.
ulat buah meludah kelicap,
terasa marah angsa menyakat;
adat budaya indah dikecap,
bahasa indah bangsa sepakat.
Ibnu Din Assingkiri
17-10-2011
Bagan Lalang, Butterworth, Pulau Pinang
©Sanusi Din 2012, All Rights Reserved