Al-Fatihah!
sepagi ini
padi menunduk sepi
dedaun nipah tak lagi berbisik
pepohon nyiur terkedu kaku
permatang jadi sayu
nira menangis tak dipungut
tak terkembang lagi jala
tempayan pekasam hampa
ayam-itik tak keruan
kerana kehilangan tuan
berderai air mata
ke seluruh pelusuk hiba
melepaskan dia pergi
di pagi penghulu segala hari,
(berkat anugerah rahmatNya)
"selamat jalan, Abang Syam"
Ibnu Din Assingkiri
Jumaat, 09-12-2011 (di hari kematian abang iparku)
Batu Kawan, Pulau Pinang
©Sanusi Din 2011, All Rights Reserved
sepagi ini
padi menunduk sepi
dedaun nipah tak lagi berbisik
pepohon nyiur terkedu kaku
permatang jadi sayu
nira menangis tak dipungut
tak terkembang lagi jala
tempayan pekasam hampa
ayam-itik tak keruan
kerana kehilangan tuan
berderai air mata
ke seluruh pelusuk hiba
melepaskan dia pergi
di pagi penghulu segala hari,
(berkat anugerah rahmatNya)
"selamat jalan, Abang Syam"
Ibnu Din Assingkiri
Jumaat, 09-12-2011 (di hari kematian abang iparku)
Batu Kawan, Pulau Pinang
©Sanusi Din 2011, All Rights Reserved