TERLAMBAT
Aduh!
Kenapa sekarang baru kusedar dari tidur?
Di saat jemaah sudah rukuk.
Segera bangun
Jemaah iktidal
Segera ke kamar kecil
Jemaah sujud
Gosok gigi
Jemaah duduk di antara dua sujud
Cuci muka
Jemaah sujud sekali lagi
Perut meragam
Jemaah mulakan rakaat kedua
Aku masih duduk berangan menunaikan panggilan alam
Jemaah Sujud Tilawah
Aku beristinjak
Jemaah menadah tangan berdoa selepas rukuk
Aku baru hendak mandi
Jemaah usai fardhu Subuh
Selesai mandi, jiwa ragaku dibaluti kesal
Jemaah usai wirid panjang
Aku terlepas bersama mereka
Di rumahmu yang tersergam indah di depan mata
Aku terlambat!
18/5/12 CIKINI Jakarta