Wahai Allah!
berikan aku kekuatan
untuk menahan rentapan
malaikat mautMu,
bukan kerana
mengingkari takdirMu
kerana dalam sedetik itu
aku ingin meneriakkan
cintaku padaMu
di hujung sisa nafas....
31012012
,
DOA MENJELANG SEDETIK KEMATIAN
Wahai Allah! berikan aku kekuatan untuk menahan rentapan malaikat mautMu, bukan kerana mengingkari takdirMu kerana dalam sedetik itu aku ingin meneriakkan cintaku padaMu di hujung sisa nafas.... 31012012
0 Comments
TENTANG DAUN-DAUN YANG LURUH
kenanglah cuaca yang pernah hadir Singgah di halaman kita, suatu ketika itu Angin musim yang pernah mengetuk jendela membingkaikan waktu-waktu ranum Kering dan berguguran dalam kebasahan air mata Seusai hujan, dan kita tidak menyeka kejernihan air mata Kerana percaya pada harapan masa depan Saat kita biarkan masa lalu beranjak tanpa tafsir Cuaca dan musim yang tak pernah bosan Datang dan pergi membawa hari-hari Meninggalkan keabadian sepi Saat daun-daun luruh membawa kebisuan Untuk menciptakan doa yang tak pernah terungkap Pada sekepal tanah yang menguburkan tangisan kita. 30012013 DI BAWAH POHON KEMBOJA
Ziarah ini, yang tak pernah mati adalah nafas rindu yang takkan mati adalah denyut doa yang selalu hidup adalah denyut cinta meskipun waktuwaktu tak pernah lupa membisikkan kematian. 23052012 INGATAN
Meskipun air mataku telah lama mengering tersejat waktu seperti musim datng dan pergi rindu mengalir menggenangi ingatan dan aku kembali mengetuk pusaramu dengan doa meskipun engkau takkan pernah terjaga lagi. 16052012 BERANGKATLAH SAYANG
berangkatlah sayang, meski tanpa senyum dan kucupan terakhir kerana aku merelakan berangkatlah sayang, meskipun tanpa kata-kata pamit aku akan bersunyian dengan diammu berangkatlah sayang, meski engkau tahu betapa besar cintaku namun cinta-nya tak terkalah berangkatlah sayang, menuju pangkuan Tuhan bersama rindu dan doa. 15052012 SUNYI
Keriuhan menebarkan sayapnya berangkat ke negeri paling jauh meninggalkan dahan musim tempat kesunyian bertenggek seribu kuntum melur luruh menghantar air mata kami di kuburan kata-kata telah mati dalam sendu ada doa membasahi. 14052012 berangkatlah sayang, meski tanpa senyum dan kucupan terakhir kerana aku merelakan berangkatlah sayang, meskipun tanpa kata-kata pamit aku akan bersunyian dengan diammu berangkatlah sayang, meski engkau tahu betapa besar cintaku namun cinta-nya tak terkalah berangkatlah sayang, menuju pangkuan Tuhan bersama rindu dan doa. 15052012 Membaca kata-kata di dada langit meskipun yang ia tetap membisu namun aku mengerti bintang-bintang tak pernah lupa memijarkan huruf-huruf mengeja makna puisi di ufuk semesta dari seberkas terang doa matahari. 30042012 setiap hentakan kaki setiap jejak yang berbekas tanah tak pernah lupa mengingatkan tentang kepulangan ke negeri debu. 13042012 seperti selalu
bukan kerana hening merayapi subuh yang basah justeru bukan kerana bening embun menepis kilau bulan putih yang selalu menyenangkan seperti selalu yang paling romantis ketika merafak doa ke hadiratMu 10042012 |