* SAJAK SAJAK BEBUNGA MEMBAWA DIRI *
Posted By : Sang Bidadari Pengembara
Kelopak kelopak mekar berdansa di antara nafas nafas bumi
Warna pendar perawan ku haturkan untuk persetubuhan teja
Wewangi pemikat terluruh untuk pemujaan bumi satu hari
Setia mekar menemani masa untuk sahaja mata bumi
Takdir bebunga mekar untuk layu
Entah runtuh membusuk atau tersungkur mewangi
Masa takdirku rebah layu mengasihimu semesta
Masa warna warna perawan mekar kelopak itu memudar berpendar hitam
Masa dansa mekarku kaku lewati persetubuhan waktu
Masa untuk mencintaimu , bila untuk setia menemani satu masa mu
Masa membilang sanggupku hanya diam
Mengeja kodrat menyanjung hormat diri
Sungguhpun bukan inginku
Rindu rindu dahulu memantik nafas nafas wangi persetubuhan waktu
Mata mata jalang nikmati pesona dansa mekarku
Rengkuh rengkuh menggamit lembut di sekujur ku
Bilakah tersisa untuk masa menua
Bilakan rindu rindu tersisa masa ku tersuruk busuk
Membusuk mewangi keputusanku
Megah ternista jamahanku
Rapuh membatu pilihanku
Bila bukan sanjungan mu tegarkan aku
Sajak sajak bebunga membawa diri
BALI, 2013