Malam yang mula larut dalam mimpi
resah membangunkan roh-roh mati dari kubur
lalu berbicara tentang cinta,tentang cita-cata dan air mata
lalu yang terukir di dinding hayat
adalah cebisan harapan dan sisa-sisa mimpi
dari sebuah perjalanan mengenal diri,mengenal Tuhan.
Gelap yang kembali merasuk malam
meniduri bayang-bayang diri di helaian tafakkur
tanpa henti mengasak mimpi kekandang duniawi
tanpa henti mengasak mimpi ke pelabuhan tanpa daratan
dan lailatulqadar berlalu tanpa sempat menabur rahmat seribu bulan
Kerana malam hanya menangisi,samar kilauan bintang-bintang.
Fajar kelemasan dalam gelap yang panjang
mengumpul seluruh kekuatan di kotak sadar
membatasi daerah taklukan malam
jangan seluruh hayat bergumpal dalam gelap
jangan seluruh hayat tersasar rupa makrifat
di cerah mata terbuka makrifat merentang jalan ke syurga.
Malam yang tidak pernah berhenti berlari
akan terus terusan menyulam mimpi
ada kolam jernih cerminan diri
ada kolam jernih lukisan hati
di hentian tafakkur kita mengenal diri
di sinar lailatulqadar kita larut dalam limpah rahmat Ilahi
di sinar lailatulqadar kita meniti titian hakiki.
Yajuk
Bukit jering
23 jan 2012