Berbicara hati dalam sinar harapan
menggalas mimpi dari tidur yang panjang
semakin telanjang ranting-ranting kasih
semakin telanjang adab dan budaya
daun-daun kering luruh berterbangan
daun-daun kering repuk berserakan.
Mentari 901 tetap bersinar
dalam redup gerhana jelmaan
dajjal-dajjal menterbalik terbit mentari
dajjal-dajjal mencipta patung sembahan
bergantungan kalungan bunga impian
biar berserakan di lantai peradaban
kau teguh menebar cahaya kebenaran
kau teguh menggalas sinar harapan
Banjaran Titiwangsa biar memisahkan kita
jangan hati dibelah mimpi berbeza
jangan hati dibakar syak wasangka
bulat air kerana pembetong
bulat manusia kerana muapakat
di puncak Titiwangsa kita hunjamkan janji setia
di puncak Titiwangsa kita kibarkan panji-panji merdeka
Di celah kepulan asap kemusnahan
masih terpancar sinar mentari harapan
terlepas ia dari kepungan awan
yang mahu menghunjam sengsara
yang mahu mengunci cinta
ada harapan membawa sinar bahagia
ada harapan membawa kita ke Putrajaya.
Yajuk
Bukit jering
18 jan 2012