wahai angin,
hantarkan pesanku pada gelombang
yang bersarang di keluasan lautan
di pantai ini,
meskipun aku hanya sebutir pasir
di mata ganasnya,
aku siaga menanti amuknya
tanpa gentar!!
kerana perjanjian kematianku
telah dimeterai oleh Tuhan
sebelum kelahiranku lagi
dan bukan di tangan laut dan geloranya....
14012012