kelkatu berterbangan membawa berita
sepasang sayap lemah ingin masuk ke kota
dari ceruk kampung hingga ke merata
jatuh terjatuh berciciran air mata
langit hitam sudah menjadi merah
kelawar pun tidak mahu menyerah
musang sudah mahu lupakan darah
kelkatu merayap mahu menyerah
apakah benar hari sudah siang?!
apakah benar hari sudah siang?!
aku belum sempat hendak berjuang!
langit hitam berikan aku peluang!
terus merayap mencari jalan
sayap patah semadi di bulan
doa pungguk dalam siulan
sayap baru kibarkan aman
asal kelkatu menjelma helang
aku budak kecil yang baru pulang
bukan ingin menunjuk belang
jemu sudah melihat perang
sana sini hanya ada parang
jarang jarang keluarkan senapang
kenapa mahu berperang
cuba lihat pulau seberang
sudah hilang dalam terang
mari kita saling berpegang
tidak mahu ada yang tegang
mari kita saling berpegang
kibarkan panji bulat tamatkan perang.
-gelap-
08-01-2012